Billboard Ads

Billboar ads here

Kekosongan jawatan kosong di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia Tahun 2016.

KUALA TERENGGANU – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menyasarkan pengambilan rekrut baharu apabila menawarkan 438 perjawatan melibatkan pelbagai gred pada tahun hadapan.

Timbalan Ketua Pengarah JPJ, Datuk Arifin Che Mat berkata terdapat kira-kira 300 kekosongan jawatan penguatkuasaan yang bermula dengan gred N17 manakala selebihnya melibatkan bukan jawatan penguatkuasaan.

“Sekarang ini, pengambilan sedang dilaksanakan dan pada tahun hadapan, kami yakin jawatan itu dapat dipenuhkan bagi menampung tugas-tugas dalam jabatan ini,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan kenderaan penguatkuasaan Zon Timur, di sini Isnin.

Menurutnya pengambilan rekrut itu adalah perlu bagi menampung keperluan semasa termasuk kekosongan bagi pembukaan beberapa Stesen Penguatkuasaan JPJ baharu di seluruh negara selain di Pusat Transformasi Bandar (UTC) yang memerlukan anggota untuk melaksanakan tugas di kawasan itu.

“Kami tidak wujudkan jawatan. Yang ada kini hanya kekosongan bagi pengisian jawatan, jadi kami akan agihkan pengambilan baharu itu sebaik mungkin bagi memastikan operasi kami tidak terjejas,” katanya dan menambah permohonan boleh dibuat menerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).

Sumber – BERNAMA

jabatan pengangkutan jalan


Permohonan jawatan kosong Jabatan Pengankutan Jalan (JPJ) hendaklah dibuat menerusi laman Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Sila rujuk link yang diberikan dibawah.

Syarat dan kelayakan Pembantu Penguatkuasa N17 disini

Syarat dan kelayakan Penolong Pegawai Penguatkuasa N27 disini

Syarat dan kelayakan Pegawai Penguatkuasa N41 disini

Untuk memohon secara online disini